Sunday, July 31, 2011

Berani tapi Bodoh

Tak tau la apa yang mamat ni pikirkan..berani memang la..tapi bodoh ada jugakk..mungkin sakit ati sangat dengan abg Polis ni kot..


Minum Darah Bini

mak ai.....lama dah tak update blog nih..hehe..ok, sebelum nak cietr ni nak ucapkan selamat berpuasa pada kawan2 yang bergama Islam. untuk post kali ni md nak citer sal kejadian yang berlaku di India.  Kita salu lihat dalam movie dimana manusia minum darah manusia kononya kalau minum darah manusia ni boleh jadi kebal , dapat kuasa and so on la.  tapi ni realiti terjadi di India , dimana seorang lelaki di Shikarpura Village telah meminum darah isteri dia selama 3 taun..biar betul mamat ni.kononya dengan meminum darah isteri dia dia boleh menjadi kuat..cam pun ada gak..apa punya org la...







Monday, July 25, 2011

Malaysia v.s Singapura Kelayakan Piala Dunia

Salam sejahtera semua..pembuka kata md pada hari ni..hehe..rasanya semua dah tau dah result Singapura v.s Malaysia pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014..ok..bagi yang tak update lagi , meh md nak madah ngan kitak org semua..Perlawanan pertama ni berlangsung di Std.Jalan Besar , Singapura yang hanya mampu memuatkan 6 ribu penonton.  lebih kurang 1 ribu penyokong dari Malaysia dan selebihnya dari tuan rumah sendiri.  Keputusan perlawanan pada 23hb.7.2011 hari tu Singapura (5) v.s Malaysia (3).  ..ok,dah clear 1st match , ni nak highlight plak sal 2nd match.  Perlawanan kedua akan dilangsungkan di Std.National Bukit Jalil pada 28hb.7.2011 , Khamis ni.  Kalau mengikut prestasi semasa , pasukan Malaysia mampu membuat kejutan kerana mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri , walaupun ketinggalan 2 gol.  Tapi kemampuan pasukan Singapura tidak boleh dipandang enteng jugak yang turut dikuatkan pemain luar yang diberi kerakyatan Singapura.  Apa pun , md harapkan Malaysia akan tampil dengan corak yang lebih menarik dan mara ke pusingan ketiga..adios!!!!!!!Malaysia Boleh!!!!!!!!!!







V.S










Friday, July 15, 2011

Lingkaran Aneh di Stonhenge

Sehingga sekarang misteri kewujudan Stonhenge ni masih belum dapat dihuraikan.  Walaupun pelbagai teori yang dikemukakan banyak pihak , namun tiada satu pun yang ada bukti kukuh untuk menampung teori mereka.  Baru baru ni satu lingkaran aneh ditemui berdekatan Stonehenge.  Lingkaran ni mungkin disebabkan UFO ataupun perbuatan manusia.  Yang menariknya , lingkaran ni adalah yang ketiga terjadi pada tahun ni.  Kejadian ni belum dapat dirungkai lagi..misteri sangat kan..











Thursday, July 14, 2011

Kulat Gergasi

Yunnan , China tergempar dengan satu penemuan kulat gergasi seberat 2 pound.  md tak tau sangat pasal paun2 ni..tapi yang pasti kulat ni memang besar la..Kulat ni besar dari kepala kanak2..



Wednesday, July 13, 2011

Trivia Pasukan Malaysia





Semua tengah hangat memperkatakan pasukan Malaysia yang semakin meningkat..sampai md pun teruja nak update sal pasukan Malaysia ni..kita sebagai rakyat Malaysia , haruslah menyokong pasukan kebangsaan..cewahh..semangat patriot ni..ok,ni ha md nak sharekan trivia sal pasukan bola sepak Malaysia ni..jum....

RANGKING TERTINGGI = 75 (FiFA)

RANGKING TERENDAH = 150 (FiFA)

PERLAWANAN ANTARABANGSA PERTAMA = MALAYSIA (2) V.S (2) KOREA SELATAN / 13.APRIL.1953

KEMENANGAN TERBESAR = MALAYSIA (15) V.S (1) PHILIPINES / 27.OGOGS.1972

KEKALAHAN TERBESAR = MALAYSIA (2) V.S (8) NEW ZEALAND / 16.NOVEMBER.1967




Tuesday, July 12, 2011

Gadis Yang Kool

Gadis ni bernama Amber dari Ohio , USA.  Pada tahun 2004 dia telah kehilangan kaki akibat tumor tulang.  Tak seperti kenbanyakan orang lain , walaupun kehilangan sebelah kaki , tapi dia masih meneruskan hidup dengan sangat selesa..respect la dengan Amber ni...





































Gelagat Pelik Pemandu

Sesiapapun memang tak pernah tinggal untuk melihat benda dan kejadian pelik ketika memandu.  md sendiri pun pernah terlihat gelagat pemadu ni ketika di jalan..fuhh..cakap banyak pun tadak guna..jum zusssss.....












































Monday, July 11, 2011

Hevance Pendatang Baru Muzik Iban



Sebenarnya Hevance ni tak la baru sangat dalam muzik Iban..1st single mereka adalah "Semampai Ngenang" yang dikeluarkan lebih kurang 2 tahun yang lalu..Kini group band yang berasal dari Bintulu ni mengeluarkan album penuh yang memuatkan 6 lagu termasuk 1 lagu Inggeris.  Antara lagu top dalam album ni "Aku Nemu" & "Bedau Alah" dll....ok,Hevance ni terdiri daripada , Gideon , Joners , Aldrich dan Lucas. Hevance ni kalau bagi peminat undergaround memang lama dah aktif , sebab dalam you tube pun kita bleh dengar dioarng..Band ni bernaung di bawah Fish Farm Records yang terkenal kerana mengetengahkan band band underground.  dari md , selamat maju jaya Hevance , dan selamat maju jaya muzik Iban.











Pesta Makan Anjing

Kalau dengar pesta makanan memang salu dengar kan...tapi ni satu lagi kejadian terjadi di China , di mana ada dianjurkan Pesta makan anjing..fuhh..siap buat pesta tu wooo...Pesta ni diadakan di wilayah Yulin , yang terkenal dengan tabiat makan anjing.Di festival makan anjing ni adalah tempat untuk mereka membuktikan yang Yulin adalah tempat di mana daging anjing paling sedap di China. 











Gadai Virgin Demi i-Phone

Jika kita dengar ada orang menderma buah pinggang untuk orang lain itu adalah sesuatu yang murni..tapi di China , seorang remaja telah menderma atatupun lebih tepat menggadai kesucian demi mendapatkan i-phone 4..bagus sangat ke hp ni??sampai sanggup nak gadai virgin???tindakan perempuan ni dikecam hebat penduduk di sana..tapi tak kurang juga yang mengatakan yang ini adalah satu gurauan..tapi apa yang berlaku sebenar kita tak tau la......


Budak Perempuan Bertukar Lelaki

Lahir sebagai perempuan di India memang sesuatu yang sukar.  Hingga ada yang sanggup membunuh anak mereka jika ank yang dilahirkan adalah perempuan.Ini kerana kepercayaan kaum di India..tapi tak semua yang masih mempercayainya.  Oleh kerana kepercayaan ni , ibu bapa seorang budak perempuan di India , telah menukar jantina anak mereka dari perempaun menjadi lelaki melalui pembedahan genitoplasty.  Pembedahan ni memakan kos 2000 pound sterling..




Friday, July 8, 2011

Bangunan Pencakar Langit Pertama di Dunia



Bangunan ni dilabelkan bangunan pencakar langit pertama di dunia.  Bangunan ni telah dibina pada tahun 1885 , di Chicago..Sampai skang ni pun bangunan ni masih digunakan sebagai Gedung Lasalle National Bank. 

Thursday, July 7, 2011

Bapak Katak

Tak tau la kat mana terletak katak ni..tapi macam di Afrika jek..agaknya apa yang mamat tu buat dengan katak tu ekk..makan??md rasa diaorg makan menatang ni.ada yang kata katak ni sedap..tapi md lom cuba lagi..hahak...







Undian Pusingan Kelayakan Peringkat 3 (Olimpik)



Undian bagi kelayakan peringkat ke-3 untuk Sukan Olimpik 2012 baru selesai diadakan tadi..harap2 Malaysia mampu menyerlah la dalam kelayakan ni..Untuk pusingan ke-3 ni , hanya Malaysia , satu satunya pasukan dari Asia Tenggara yang mara , dan akan bertanding dengan gergasi Asia yang lain.  Maksudnya , kalau dah pusingan ke-3 ni, memang dah cukup hebat la..ok,kita tengok keputusan undian yang dibuat sebentar tadi...Apapun,kita harap Malaysia mampu mencipta impak walaupun terpaksa berdepan halangan besar..

GROUP A

KOREA SELATAN
ARAB SAUDI
QATAR
OMAN




GROUP B

AUSTRALIA
IRAQ
UAE
UZBEKISTAN




GROUP C

MALAYSIA
JEPUN
SYRIA
BAHRAIN

Tuesday, July 5, 2011

Rumah Pokok Terbesar di Dunia

Mesti anda pernah lihat rumah pokok dalam kaca t.v kan..kalau di Malaysia , jarang sekali nak lihat rumah pokok kan..Rumah pokok terbesar di dunia terletak di Crossville , Amerika dan pemiliknya merupakan salah seorang menteri di Amerika.  Rumah ni mengambil masa 14 tahun untuk disiapkan dan setinggi 80 kaki.  Rumah pokok ni ada 10 tingkat semuanya. 






































Pontiac Lutsinar 40-an

Sebenarnya kereta lutsinar ni dah lama dah dimajukan.  Tapi tak guna sangat la kalau lutsinar , kalau yang nak kelainan tu belh la pakai Pontiac lutsniar ni..ok , meh ushar2 jap keta ni.  Dalam tahun 40 - an , Pontiac dengan kerjasama Rohm & Hass iaitu syarikat kimia , telah membangunkan Pontiac lutsinar ni menggunakan bahan seperti Plexiglas.  Kos kereta ni pada ketika itu berharga 25 000 dollar Amerika.  Tujuan kereta ni dibina adalah untuk New York World Fair.



























Monday, July 4, 2011

Brendon Gan.Adakah Akan Bermain Dengan Harimau Malaya?



Entri ni merupakan kesinambungan entri sebelum ni.  Brendon Gan ni lahir di Shuterland , Shire , Australia lahir pada 3.June.1988.  Ok , kalau lihat dari biodata pemain ni memang tak menarik.  Apa yang menarik , pemain ni layak mewakili Malaysia kerana bapak Brendon adalah rakyat Malaysia , yang berasal dari Negeri Sembilan.  ok,ni pasal karier bola sepak belaiu pulak.  Antara kelab yang pernah diwakilinya adalah Shuterland Sharks  (1999-2007) , Sydney FC (2008-2009) , dan terbaru beraksi untuk Bonyrigg White Eagles.  Brendon menyatakan dia berminat bermain mewakili Malaysia jika tidak ada halangan.  ok.kita sama2 harapkan pemain ni dapat bermain untuk negara suatu hari nanti..adiosssssssssss......... 

Pemain Malaysia yang bermain di Luar Negara (BOLA SEPAK)

Sebenarnya , ramai pemain kelahiran negara yang layak mewakili Malaysia  , tapi mungkin terlepas pandang ataupun ada masalah tertentu yang memungkinkan pemain ni tidak beraksi hingga sekarang.  Pemain yang dimaksudkan ni bukanlah bermain di Liga Malaysia , tapi bermain di luar negara , di mana liga luar negara ni terbukti lebih hebat saingan dari Liga - M.  antara pemain kelahiran Malaysia yang bermastautin di luar negara termasuklah:





TITUS JAMES PALLANI

Titus ni sebenarnya banyak kali dah dipanggil untuk mewakili Malaysia,tapi sampai skang ni pun masih belum tercapai hasrat untuk melihat kelibat pemain ni.Titus lahir pada 13.Ogos.1986.  Kelab terbaru Titus sekarang ialah CS Meaux yang dikatakan bermain di Liga bawahan di Perancis. 




NICHOLAS CHAN



Ramai yang menyangka Nicholas Chan ni mencuba nasib di Cardiff City sebab bapak dia , Dato Chan Tian Ghee merupakan pemilik kelab EPL ni..tapi kita tak bleh memandang rendah pemain ni , sebab Nicholas Chan ni pernah bermain di Piala Gothia di Sweden..dan Piala Gothia ni bukanlah rendah tahapnya sebab dalam rekod Piala Gothia , banyak pemain berbakat yang dilahirkan menerusi Piala Gothia,contohnya Xabi Alonso , Andrea Pirlo dan Adebayour.  Nicholas juga banyak mencuba nasib di kelab EPL , contohya bersama West Ham dan Stoke City.  Beliau pernah ditawarkan beraksi di Major League Soccer , tapi menolak kerana lebih berminat beraksi di Eropah. 





TADASHI TAKEDA




Tadashi Takeda ni mak dan bapak dia memang orang Jepun , tapi Takeda lahir di Pulau Pinang 27.July.1986 dan kalau mengikut peraturan Takeda layak mewakili Malaysia kerana lahir di Malaysia dan juga layak mwakili Jepun kerana mak dan bapak orang Jepun..Tapi kalau FAM nak ambik Takeda , kenala ambik awal , sebab kalau Jepun dah kebas merampau la nanti..hehe..kita taknak nanti macam kes Shaun Maloney tu...





TAM SHEANG TSUNG




Tam Sheang Tsung ni sekarang ni mewakili FC Yokohama bawah 15 tahun di Liga-J.  Dia pemain Malaysia pertama yang bermain di Liga -J.  Tam merupakan pemain yang sangat berbakat dan pernah dihantar berlatih di kelab Brazil..rugilah kalau Malaysia kehilangan pemain ni..kalau Malaysia tak bertindak awal , confirm nanti Jepun ambik pemain ni , sebab Tam dah lama duduk kat Jepun.




SHAUN MALONEY



Dan ni merupakan kerugian besar Malaysia lambat bertindak kerana Shaun Maloney adalah kelahiran Malaysia , iaitu lahir di Miri ,Sarawak , 24.Januari.1983.  Keluarga Maloney telah berpindah ke Scotland semasa dia berumur 5 tahun lagi , dan sekarang mewakili kelab Celtic..kalau la Malaysia cepat bertindak , ambik pemain ni , mungkin Harimau Malaya mampu pergi jauh.  tapi Maloney dah tak bleh nak wakil Malaysia , sebab Scotland dah ambik..





Tapi jauh di lubuk hati MD yang semua pemain yang layak mewakili Malaysia ni akan bermain untuk negara suatu hari nanti..kalau Piala Dunia 2014 ni mungkin tak sempat..tapi FAM dan yang sewaktu denganya perlu bertindak agreasif untuk mendapatkan pemain kelahiran Malaysia ni , sekurang kurangya pemain ni mampu untuk memberi impak dan berkongsi pengalaman bermain di luar negara..dan kita sama berdoa agar semua pemain berbakat kelahiran Malaysia akan mengharumkan nama Malaysia suatu hari nanti....