Friday, October 28, 2011

Yakuza Di Jepun


Ya...Yakuza...rasanya ramai yang tahu , Yakuza ni adalah kumpulan samseng yang bertapak di Jepun.  Sebenarnya lama dah Yakuza ni wujud , sejak tahun 1612 lagi.  Tapi pada masa tu , peranan Yakuza lebih kepada melindungi daerah masing2.  Yakuza terkenal kerana pengaruhnya di seluruh dunia serta jenayah terancang yang mereka lakukan.  Antara jenayah Yakuza adalah pengedaran dadah , pornografi , penyeludupan senjata , perjudian dan pemerasan.  Pada tahun 80-an , Yakuza telah melebarkan pengaruh mereka ke Amerika Syarikat. 













Thursday, October 27, 2011

Rolls Royce Pertama







Rolls Royce merupakan antara kereta termahal dan termewah di dunia.  Kalau tak silap , di Sarawak ada seorang jer ada kereta ni , iaitu Menteri Besar Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.  Salute la..apa pun ni nak tunjuk kat korang semua gambar Rolls Royce pertama.  Kereta ni dibuat pada tahun 1903.


Brendan Gan Pemain Import Sabah?




Selain heboh pasal tiket final Piala Malaysia yang dinaiikan,  fans page bola sepak Malaysia jugak sibuk dengan cerita pemain import.  Satu yang  menarik perhatian md adalah , pemain import yang dikhabarkan bermain mewakili Sabah.  Pemain tu adalah , Brendan Gan.  ya, kalau anda ni peminat bola sepak Malaysia , tentunya tau Brengan Gan ni sapa..ok , bg yang tak tau , ni md nak gtau ni.  Brendan ni , bapak dia org Malaysia , tapi Brendan ni rakyat Australia..kalau mengikut peraturan FiFA , Brendan ni layak mewakili Malaysia , pasal bapak dia Malaysian. Tapi betul ke Brendan akan ke Sabah???wait n see la....



Profile Yokozuna



Md dulu mati2 ingatkan Yokozuna ni Japanese..la rupanya bukan la..dia ni rakyat America..top dia ni dulu , time tu md masih kecik lagi.  Undertaker merupakan musuh utama Yokozuna time tu.  Tapi mst korang tak sangka kan , Yokozuna ni merupakan sepupu kepada ahli gusti lain seperti . The Rock , Rikishi , Manu & Umaga.  Yokozuna meniggal dunia masa umur dia 34 tahun akibat jantung gagal berfungsi.  Sumpah md tak tau dia ni dah meninggal sebelum buat entri ni..






Wednesday, October 26, 2011

Sejarah Kentucky Fried Chicken (KFC)



Md rasa majoriti yang baca entri ni mst suka makan KFC kan..kalau tak , apasal nak buka entri ni???ok, balik pada topik ni , KFC diasaskan oleh Kolonel Harland Sanders pada tahun 1939.  Setelah sekian lama beroperasi akhirnya KFC telah membuka franchais pertama pada tahun 1952 di Utah , Amerika.  Resipi rahsia Kolonel merupakan kunci utama kenapa KFC sedap dimakan hingga menjilat jari.  Setakat ini , franchais KFC boleh didapati hampir di seluruh dunia.  Di Malaysia , KFC pertama dibuka dekat Jalan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1973.





Konti Bintulufm

Korang yang lom pernah tengok konti Bintulufm , haa...ni dia..md nak bg korang tengok..kalau taknak tengok takyah la nak tengok..md sengaja nak post..pasal ni blog md..haha..














Sunday, October 23, 2011

Mengepos Diri Sendiri




Pada tahun 1850 Henry Brown bertindak untuk mengepos diri sendiri dalam kotak berukuran 3 kaki dari Virginia ke pejabat anti perhambaan di Philadelphia..ni kira taknak diperhambakan lagi la..dan perghantaran itu mengambil masa 26 jam... 





Sejarah Patung Liberty




Mesti korang semua tau kan , patung Liberty di Amerika..patung ni menjadi mercu tanda sejak bertahun tahun dahulu..md tertanya la, apa agaknya mercu tanda Malaysia sebelum Menara Berkembar Petronas dulu...takde hal , kita balik pada patung Liberty ni..Patung ni dihadiahkan negara Perancis kepada Amerika sempena kemerdekaan Amerika ke-100 pada 22.Oktober.1886 menandakan persahabatan antara kedua dua negara.  Korang bayangkan , dengan teknologi zaman dulu bukan canggih sangat pun..bleh jugak diorang buat patung ni kan... 






Tuesday, October 18, 2011

Profil Undertaker



time kecik2 dulu , bapak md memang minat giler gusti time tu.  Tapi gusti time dulu2 best..tak macam skang ni..skang ni , md mcm takde mood nak layan..pasal diaorang banyak sangat berlakon..drama banyak sangat ler...salah seorang ahli gusti yang bleh dianggap legend ni , dialah Undertaker..ni md bg sikit profile dia...


Nama Sebenar:Mark William Calaway
Tarikh Lahir:24.March.1965
Asal:Houston , Texas.
Majikan:WWE
Tinggi:6 kaki 10 inci
Berat:300 lbs

















Logo Sukan Olimpik Dulu Dulu

Sukan Olimpik memang sudah lama wujud..dikatakan berasal dari Greece , sukan ini kemudian berkembang ke seluruh dunia.  tapi md bukan nak citer sejarah sukan Olimpik ni..md nak tunjuk poster & logo sukan Olimpik yang lepas2.  korang tengok ekk..sebab ada poster ni pelik , unik & menarik..




























































Sunday, October 16, 2011

Identiti Hero Terbongkar



haaa..ni kisah adi wira di Amerika Syarikat..besala kan,md time kecik2 dulu pun ada angan2 nak jadi Power Rangers..huhuhu..tp tu dulu laaa...ok,bebalik pada entri ni , seorang lelaki yang menggelarkan dirinya "Phoenix Jones" telah ditangkap Polis kerana menyembur serbuk lada kepada empat orang lelaki ahad lepas...wehhh...biar betul...dengar habis dulu ekkk..mcm ni , Phoenix Jones ni sebenarnya niat dia baik.  Dia cuba nak meleraikan pergaduhan  antara lelaki terbabit.  Sekarang ni , mahkamah masih belum memutuskan , samada menghukum Phoenix Jones ataupun tidak..oh ya , nama sebenar Phoenix Jones ni Benjamin John Francis Fodor.  Dia dah pun mendedahkan identiti pada orang ramai semasa ditemu ramah pemberita..jangan plak kat Malaysia ni ada Cicak Man nanti.huhuhu













Friday, October 14, 2011

Pekerjaan Berbaris

Di Malaysia belum ada lagi tahap pengangguran yang kronik sangat.  Tak macam negara lain yang lebih teruk dari Malaysia.  Banyak sebenarnya pekerjaan di Malaysia , tapi besala kan, Malaysian ni cerewet skit bab kerja ni.  Kalau buruh kasar dan kerja ladang tu , salu tengok rakyat asing yang sapu kerja tu..tak macam di China.  Mungkin ni antara pekerjaan yang paling pelik di China.  Kerja nya , hanya berdiri & berbaris jerk..Macam ni sebenarnya , di China untuk mendapat perhidmatan doktor , daftar budak masuk sekolah , daftar rumah  dan mcm lagi , diorang kena beratur panjang , sampai berhari hari.  Bagi yang tak sanggup menunggu tu , diorang upah la org untuk menunggu turn.  Upahnya 3 USD sejam. 




China - 4-year-old girl drives car on motorway

Tayang Wanita Mandi

Mungkin cara ni patut dipraktikan di pusat beli belah negara kita.  Nak tau cara apa??ni ha,letap pompuan mandi dalam shopping complex..amacam??ada bran??haha..pecaya atau tidak , ni lah cara sebuah pusat beli belah ni China , nak tarik orang ramai untuk berkunjung ke shoping complex diorg. 




Ubah Suai Kepala





ok , ni adalah sejenis modify anggota badan yabg semakin mendapat tempat di Jepun.  korang nak tak buta camni??sebelum ni pun , fashion di Jepun memang dah pelik..apa punya org la.tak bersyukur langsung dengan apa yang ada.




Tuesday, October 11, 2011

Sealand Negara Terkecil


yah...md datang lagi ni..dah sikda benda mok polah , terdetik nak update blog..seperti tajuk di atas , entri kali ni berkaitan negara terkecil di dunia.  Ramai orang menyengka bahawa Vatican City adalah negara terkecil di dunia, namun ada jugak citer ni , Sealand merupakan negara terkecil di dunia..ha ah..btul..Sealand..pernah dengar??






ok,sambung balik citer Sealand ni.  Negara ni tak macam negara lain yang ada daratan , Sealand bertapak di pangkalan Perang Dunia ke-2.  Sejak 1967 , negara ni didiami kelaurga dan rakan Paddy Roy Bates.  Semua negara lain di dunia ni sebenarnya tidak mengiktiraf negara Sealand ni.  Kira keluarga Bates ni syok sendiri la dengan negara diaorng ni. 





Negara:Sealand
Raja:Prince and PrincessRoy Bates and Joan Bates
Ketua Kerajaan:Prince Regent Michael Bates
Bilangan Penduduk: 1 (Michael Bates; 2002)
Matawang:Dollar Sealand



Monday, October 10, 2011

Misteri Anneliese Michel



md ni kalau dengar benda misteri2 ni memang suka giler..bab tu la teringat nak postkan entir sal minah ni..ok,ni md nak citer ni..dengar tau..pada suatu hari..errrrr...silap...pada tahun 1968 , waktu tu Anneliese berusia 17 tahun dan masih menuntut di sekolah menengah , Anneliese mengidap convultions..md pun tak pasti apa menda convultions ni , mungkin sejenis penyakit kot..selepas tu Anneliese mula berhalunisasi tentang syaitan apabila bersembayang. dia juga mendengar suara2 syaitan..pada tahun 1975 , ibu bapa Anneliese telah berputus asa dengan doktor yang menganggap anak diorng gila.  pendapat orang ramai pada ketika itu , Anneliese dirasuk syaitan.  Sehinggakan paderi sendiri tidak dapat menghalau syaitan dari tubuh dia.  selepas Anneliese meninggal dunia , hasil bedah siasat menunjukkan punca kematian dia adalah , mengalami dehydrasi & pneumonia.  perkataan terakhir yang disebut Anneliese sebelum meninggal dunia "mom i"m afraid".