Tidak semua manusia yang lahir terus menjadi terkenal. Tapi ada jugak yang baru lahir sudah terkenal , macam Harper Seven anak David Bechkam & Victoria dan anak selebriti terkenal lain la. Tidak macam P.Diddy , di mana sebelum terkenal dia pernah bekerja di sebuah restoran makanan Mexico. Bukan sebagai pelayan , tapi sebagai pencuci tandas.
Wednesday, August 22, 2012
Bencana Alam Terburuk Di Muka Bumi
Anda sudah lihat apa yang berlaku pada negara Jepun akibat Tsunami?Teruk kan , beribu-ribu kehilangan tempat tinggal , manakala ramai yang terkorban. Itulah yang berlaku apabila alam mengamuk. Bencana alam terburuk pernah dicatatkan di muka bumi ini adalah banjir yang berlaku di China pada tahun 1931. Pada masa itu , negara itu dilanda taufan beserta hujan lebat yang mengakibatkan banjir besar. Bencana itu telah membunuh lebih 4 juta orang. Inilah bencana paling buruk pernah dicatatkan dalam sejarah.
Asal Usul Fork & Chopstick
Seluruh masyarakat dunia sekarang ini sudah mengenali fork & chopstick malah mahir menggunakan alat berkenaan. Bukan orang biasa sahaja , malah fork juga digunakan semasa santapan keluarga diraja seluruh dunia. Tahu tak anda , asal fork & chopstick? Mungkin ramai yang tahu chopstick berasal dari kaum Cina. Ya , memang kedua dua alat ini berasal dari kaum Cina , di mana chopstick & fork telah wujud sebelum masihi lagi. Fork telah wujud pada Dinsati Xia , iaitu 4205-1760 sebelum masihi. Berbading fork , chopstick lebih popular di kalangan masyarakat Cina , kerana mudah digunakan berbanding fork pada masa itu.
Kalau bagi md la , fork lebih senang nak pakai.....
Tuesday, August 14, 2012
Misteri Garis Nazca
Garis - garis Nazca terletak di Gurun Nazca di Peru yang panjangnya lebih 80km. Garis - garis ini membentuk banyak jenis haiwan di muka muki terutama monyet , burung , ikan , labah labah dan lain lain lagi. Garisan gergasi ini mencetuskan fenomena , di mana Gurun Nazca telah menjadi tumpuan apabila orang ramai sedar kewujudan garis ini. Pada tahun 1920-an ramai arkeologi yang datang ke kawasan ini untuk menyaksikan sendiri misteri garis gergasi ini. Sehingga sekarang belum ada jawapan siapa yang mencipta garis ini dan bagaimana mereka boleh mencipta garis ini tanpa bantuan kenderaan udara.
Tukar Khidmat Ranjang Dengan Tiket Besbol
Perempuan ini sanggup menjual tubuhnya untuk ditukarkan dengan tiket besbol. Dia merupakan peminat setia pasukan Philadelphia Phillies. Namun hajat perempuan ini tidah kesampaian setelah pihak Polis mengetahui akan hal ini. Polis telah menyamar untuk menangkap perempuan ini.
Monday, August 13, 2012
Negara China Pencipta Menu Makanan
Banyak sebenarnya ciptaan yang berasal dari negara China. Salah satu adalah menu makanan. Pada zaman dahulu timbul masalah antara tokey kedai makan dan pedagang dari luar. Masalah ini diatasi dengan meletakkan tanda harga makanan di kedai makan mereka. Maka dari itu terciptalah menu makanan yang difunakan hingga sekarang.
Sunday, August 12, 2012
Lumba Kejar Keju
Setiap tahun di Bukit Cooper , Gloucester , England akan diadakan pertandingan mengejar keju. Secara teknikalnya peserta sepatutnya mengejar dan menangkap keju yang berguling. Akan tetapi oleh kerana keju terlalu laju , pemenang ditentukan siapa yang paling awal sampai di kaki bukit adalah pemenang.
Friday, August 10, 2012
Sejarah Kon Ais Krim
Kon ais krim yang anda sedang lihat sekarang ini sebenarnya bukanlah dicipta dengan sengaja. Ia wujud pada tahun 1904 di mana penjual ais krim pada masa itu telah kehabisan pinggan. Dia kemudian berfikir dan menemui cara untuk menjual ais krim tersebut. Caranya adalah dia menggulungkan waffle dan meletakkan ais krim di atasnya. Maka dari itu terciptalah ais krim kon.
Asal Perkataan Sony
Sony sebenarnya berasal dari perkataan latin "sonus" yang bermaksud bunyi. Nama Sony dipilih syarikat ini kerana nama ini senang disebut.
Nama Asal 7 Eleven
Tau tak nama asal 7 Eleven?Ok , nama asal bagi syarikat ini adalah U-Tote'm. Nama itu kemudian ditukarkan kepada 7 Eleven pada tahun 1946 kerana cawangan syarikat yang baru beroperasi dibuka dari 7 pagi ke 11 malam.
Atlit Olimpik 2012 Bertatu
Memang biasa kalau artis barat bertatoo. Tapi budaya bertattoo sekarang telah merebak kepada atlit ataupun ahli sukan , terutama pemain bola sepak. Ramai yang pemain bola sepak yang bertattoo di lengan dan belakang. Mungkin dengan bertatoo boleh memberi semangat ataupun nampak lebih "cool". Begitu juga dengan atlit di Sukan Olimpik , semakin ramai yang bertatoo tak kira atlit tu lelaki atau perempuan. Ini dia antara atlit Olimpik yang bertattoo.
JAMIE STAFF-GREAT BRITAIN
JOANNA HAYES
NICK SYMMONDS
ANASTACIA DAVYDOVA
RYAN LOCHTE
KELCI BRYANT
JAMEER NELSON
ATLIT CANADA
Thursday, August 9, 2012
Fakta Filem Harry Potter
Tom Felton yang memegang watak Malfroy dalam filem "Harry Potter" sebenarnya telah memilih untuk diujibakat watak Harry Potter dan Ron Weasley. Tetapi dia telah dipilih untuk watak Malfroy. Mungkin kerana lebih sesuai dengan watak tersebut.
Lebih 400 juta buku Harry Potter dalam pelbagai bahasa terjual di seluruh dunia pada tahun 2008.
J.K Rowling menjadi orang pertama yang menjadi jutawan hasil daripada menulis buku.
Friday, August 3, 2012
Hanya $448 000 Untuk Anjur Olimpik
Sukan Olimpik moden pertama diadakan di Greece pada tahun 1896. Percaya atau tidak , hanya $448 000 Dollar Amerika untuk menganjurkan Sukan Olimpik ini. Jika dibandingkan dengan kos Olimpik London 2012 iaitu $832 million. Sangat jauh beza.
Misteri Kewujudan Mahluk "Goat Sucker"
Mahluk misteri ini dikenali sebagai Goat Sucker. Ini kerana mahluk ini menhisap darah haiwan terutama kambing. Kebanyakan laporan yang diterima menyatakan mahluk ini sering muncul di benua Latin. Kewujudan mahluk ini tidak dapat dipastikan lagi.
Bawang Paling Besar Dunia
Tanpa bawang apalah rasa lauk yang dimasak. Tapi macam mana kalau bawang itu sebesar manusia?Grower Pete Glazebrook dari England memiliki bawang paling berat di dunia. Berat bawang tersebut adalah lebih 8 kg. Agak agak berapa lama nak makan bawang ni.
Thursday, August 2, 2012
Poster Filem Yang Diharamkan
Setiap filem memang ada poster sendiri untuk mempromosikan filem tersebut. Malah poster memainkan peranan penting untuk mempengaruhi penonton. Kalau poster sesuatu filem menarik maka ramailah yang menonton , walaupun filem tidak seberapa. Tetapi ada juga poster yang diharamkan kerana tidak menepati piawaian. Ini antara poster yang dibanned.
Wednesday, August 1, 2012
Jackie Chan Benci Filem Rush Hour
Dalam blog beliau sendiri , Jackie Chan meyatakan tidak menghargai dan tidak meyukai aksi yang dilakonkan sendiri dalam filem Rush Hour. Ini kerana filem ini terlalu berbentuk Hollywood dan dia tidah faham humor yang cuba ditunjukkan dalam filem tersebut. Beliau terlibat dalam sekuel (Rush Hour 2) filem tersebut kerana duit semata - mata dan sanggup kembali berlakon dalam Rush Hour 3 kerana peminat. Tapi betul juga cakap Jackie Chan ni. Macam filem Dragon Ball , md menaruh harapan tinggi yang filem ni dulu sehebat Dragon Ball dalam kartun. Tapi terlalu berbentuk Hollywood , sangat boring.
Pelakon Paling Tua Membawa Watak Remaja
Di Malaysia banyak yang buat macam ni. Pelakon yang dah tua bangka pun masih bawak watak remaja/student. Kalau pelakon tu baby face ok la sikit , tapi ada yang melakonkan watak remaja tu dah tak macam remaja. Tak sesuai langsung. Ok tidak mengapa. Ni rekod untuk pelakon paling tua yang membawa watak remaja di Hollywood. Pemegang rekod ni adalah Stockard Channing yang memegang watak Betty Rezzo (18 tahun) dalam filem Grease (1974). Pada tarihk dia melakonkan watak tersebut umur dia 34 tahun. Beza 16 tahun dari umur sebenar.
Rahsia Tahan Lama
Haa..ni bukan rahsia tahan lama batin. Jangan salah faham ok. Ni pasal rahsia kebanyakan buku lama lama dulu termasuk bible boleh tahan lama. Bible yang dibuat pada zaman dahulu boleh tahan berkurun lamanya. Nak tau pasal apa? Pasal bible di diperbuat dari kulit haiwan. Biasala kan , sekarang ni ramai yang panggil "leather". Kalau sekarang dah tak buat pakai buku kulit haiwan ni. Yang banyak sekarang ni pakai buat wallet , tali pinggang beg dll.
Barbie Yang Mengandung
Ada banyak versi Barbie yang dikeluarkan sekarang. Tapi pernah tak lihat Barbie yang mengandung? Ni dia gambarnya. Agaknya sapa la suami Barbie ni.
Kematian Misteri Anastacia
Tak kenal siapa Anastacia?? Dia adalah anak Tsar Nicholas 2..Tak kenal Tsar Nicholas 2?? Ni ada sikit info. Tsar Nicholas 2 adalah orang berada di Russia. Balik pada cerita Anastacia dia lahir dengan kemewahan tetapi pada usia kanak kanak dia dan ahli keluarga dipercayai dibunuh dengan kejam. Mereka sekeluarga ditembak kemudian dibakar. Akan tetapi setelah disiasat tiada DNA Anastacia ditemui dan timbul spekulasi yang Anastacia berjaya melarikan diri. Setelah mengetahui kejadian itu , ramai perempuan mengaku mereka adalah Duchess Anastacia. Tetapi pada tahun 2009 DNA Anastacia telah ditemui.
Subscribe to:
Posts (Atom)