Air terjun Niagara merupakan air terjun besar di Sungai Niagara yang terbentang di sempadan antarabangsa antara Ontario, Kanada dan New York, Amerika Syarikat. Air terjun ini terletak 27 km di barat daya Buffalo, New York, 120 km di selatan Toronto, Ontario di antarabandar berkembar Niagara Falls, Ontario dan Niagara Falls, New York. Sistem air terjun ini terbentuk apabila glasier mula mencair pada penghujung era glasier Wisconsin dan air-air itu, yang berasal dari Tasik-tasik Besar yang juga baru terbentuk, membina laluan menerusi Tubiran Niagara dalam perjalanan menuju ke Lautan Atlantik. Walaupun tidak terlalu tinggi, sistem ini adalah amat lebar. Lebih 168,000 m³ padu air jatuh dari garis rabungnya pada setiap minit. Walaupun bukan air terjun tertinggi di dunia , Niagara Falls merupakan air terjun yang sangat dikenali di seluruh dunia. Jom saksikan bagaimana terbentuknya Niagara Falls......
Tahun 1869
Tahun 1890
Tahun 1930
Tahun 1950
Tahun 1970
Tahun 1990
SEKARANG