Entri kali ni merupakan sambungan pada entri sebelum ni. Matt Busby telah dilantik menjadi pengurus pada tahun 1942 dan telah menyertai pemain ketika latihan serta melakukan kerja-kerja pentadbiran. Beliau segera mencapai kejayaan, apabila kelab ini berjaya menghabiskan liga ditempat kedua pada tahun 1947 dan memenangi Piala FA pada tahun 1948. Tragedi telah menimpa pada musim berikutnya, apabila pesawat yang membawa pulang pasukan dari perlawanan Piala Eropah terhempas di Munich. Tragedi Munich pada 6 Februari 1958 telah mengorbankan lapan pemain dan lima belas penumpang lainnya. Terdapat andaian bahawa kelab ini akan gulung tikar, tetapi, dengan Jimmy Murphy mengambil alih sebagai pengurus ketika Matt Busby beransur pulih dari kecederaan, kelab ini terus bermain menggunakan pemain-pemain simpanan.Busby membina kembali pasukan pada awal 1960-an, dengan mengikat pemain seperti Denis Law dan Pat Crerand. Pasukan ini telah memenangi Piala FA pada tahun 1963, memenangi liga pada tahun 1965 dan 1967 , Piala Eropah pada tahun 1968.
Logo Manchester United pada tahun 60 -an / 70-an
No comments:
Post a Comment