Tuesday, March 15, 2011

Messi @ Christiano Ronaldo????



Yang manakah pilihan anda , Messi atau Ronaldo..kedua dua pemain ini memang mempunyai kelebihan tersendiri dalam bola sepak...jum kita 6 wingers/supporting strikers terbaik masa kini.....




                                              6.ANGEL DI MARIA - REAL MADRID/ARGENTINA


Setakat masa ni , Di Maria merupakan pemain terbaik Real Madrid , dan banyak mencipta peluang serta hantaran yang menarik untuk Real Madrid.





5.NANI - MANCHESTER UNITED/PORTUGAL


Tahun ni merupakan musim ke empat Nani bersama Man.United.  Sebelum ni , kelibat Nani sering dibayangi rakan senegaranya , Christiano Ronaldo , tetapi semenjak perpindahan Ronaldo ke Real Madrid , Nani semakin meningkat dan sekarang menjadi tonggak utama Man.United.  Pemain ni jugak kerap menghasilkan hantaran menarik untuk pasukan M.U.





4.ARJEN ROBBEN - BAYERN MUNICH/NETHERLANDS


Musim 2009/2010 merupakan tahun yang gemilang buat Robben , sehinggalah kecerderaan memaksa beliau untuk berehat.  Robben juga menyerlah di Piala Dunia 2010 apabila membantu Netherlands untuk mara ka final.  Selain itu , pemain ni berganding baik dengan Ribery di Munich dengan hantaran yang sempurna...







3.PEDRO-BARCELONA/SPAIN


Tahun  2009/2010 Pedro meletakkan namanya antara pemain yang harus digeruni di dunia bola sepak antarabangsa.Di Piala Dunia 2010 , Pedro juga memainkan peranan penting yang membantu Spain untuk menjuarai Piala Dunia buta pertama kali.Di peringkat kelab , Pedro banyak mencipta peluang untuk Messi dan Innesta & Villa.






2.CHRISTIANO RONALDO


Tidak perlu dipertikaikan lagi kehebatan Christiano Ronaldo di peringkat kelab.Tetapi pemain ni agak tengelam di peringkat antarabangsa , apabila tidak menyerlah di Piala Dunia 2010.Kita lupakan Piala Dunia , dan foukus kepada karier kelab Ronaldo.Pada mulanya , Ronaldo bergelut untuk menjaringkan di Real Madrid , tapi selepas serasi di Real Madrid Ronaldo meledak gol demi gol serta membuat hantaran berbahaya.Ronaldo juga banyak membuat percubaan , dengan 167 percubaan setakat ini.secara purata 8 percubaan dlm satu permainan..






1.LIONEL MESSI - BARCELONA/ARGENTINA


Lionel Messi , tidak keterlaluan jika pemain ni dilabel pemain terbaik dunia kerana kelicikan dan kemampuan  mencipta peluang serta kemahiran menjaringkan gol.Tapi kejayaan ini juga dibantu oleh rakan sepasukan di Barcelona yang sangat serasi.  Messi mempunyai penyudahan yang mantap dan digeruni oleh semua pasukan , lebih2 lagi seteru utama , Real Madrid.







No comments:

Post a Comment