Dah lama sebenarnya Carta Rentak Bintulufm(CRB) ni. Lebih kurang sebuln dah besiaran, tapi baru hari ni md nak pos sal CRB ni. ok..Carta Rentak Bintulufm ni tentulah la disiarkan di Bintulufm,yang menampilkan 10 lagu Iban yang top dan baru. Setiap minggu , sebuah lagu akan dikeluarkan , dan sebuah lagu baru akan dimasukkan..CRB , ni akan ke udara setiap 1.30 pm , hari ahad. cara undian lagu pulak , pendengar boleh call time program ni bersiaran , ataupun vote melalui Bintulufm Fans Page , menggunakan Asked..Setakat ni lagu yang menungguli carta adalah Tuah Jili dan Nor dengan lagu Telanjur Sayau..ops!!!lupa pulak,CRB ni adalah carta untuk lagu Iban...Antara matlamat CRB , tentulah nak beri peluang untuk pemuzik Iban , mengetengahkan lagi muzik mereka supaya muzik Iban lebih berkualiti dan boleh diterima golongan lain di Malaysia. Selain tu , CRB juga tempat untuk kita menghargai penyanyi Iban supaya muzik Iban ni boleh menjadi Industri Muzik Iban.Sebab bagi md skang ni , muzik Iban belum mencapai status industri. Sebenarnya ramai orang tak tau , termasuk pemuzik Iban sendiri maksud industri ni.ok,ni md nak explain sket..Industri ni membawa sesuatu yang besar, contohnya industri perlancongan negara, industri permotoran, perladangan..ok,semua ni adalah sesuatu yang besar..bukan la nak merendahkan muzik Iban..tapi kalau kita nak mencapai status industri , yang membawa nama "industri muzik Iban" kita kenalah berusaha lebih lagi..memang tak dinafikan , kualiti dari segi video klip dan bunyi semakin baik..bukan semua tidak berkualiti , md salute dengan mereka yang memang ihklas berkarya dalam muzik Iban , walaupun dengan bajet yang rendah..satu harapan md , pemuzik Iban termasuk orang ramai , jangan lagi la nak menyebut "Industri Muzik Iban"dan md harap suatu hari nanti muzik Iban , akan berstatus industri.amen.md bukan nak mengutuk , tapi nak memperbetulkan apa yang salah..maaf jika ada yang terasa....peace no war...
No comments:
Post a Comment