Thursday, March 29, 2012

Misteri Pesawat MAS Dirampas Pada 1977






Kejadian ni berlaku pada 4 Disember 1977.  Dilaporkan bahawa sebuah pesawat MAS (Malaysian Airlines) telah meletup dan terhempas semasa dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan Singapura.  Juruterbang terbabit dikatakan telah memberi amaran kepada menara kawalan di lapangan terbang Subang , pesawat jenis Boeing 737 yang sedang dipandunya itu telah dirampas oleh kumpulan pengganas Japanese Red Army . Pesawat yang membawa seramai 100 orang penumpang itu juga terpaksa membatalkan pendaratan di Subang dan meneruskan penerbangan ke Singapura. Bangkai pesawat yang terhempas itu dijumpai di Tanjung Kupang, Johor.  Menurut sumber akhbar , perampas pesawat itu hanya terdiri daripada seorang sahaja, dan nama serta kewarganegaraannya tidak diketahui.  Salah seorang yang terkorban dalam nahas terbabit termasuk Menteri Pertanian, Dato’ Seri Ali Haji Ahmad.  Identiti sebenar perampas pesawat tersebut masih menjadi misteri kerana tiada saksi.  Ini kerana semua penumpang terkorban dalam nahas udara tersebut.


No comments:

Post a Comment