Gambar di bawah mencetuskan misteri apabila searang lelaki yang berpakaian moden kelihatan dalam gambar yang diambil dalam tahun 40-an. Gambar ni boleh dilihat di , Bralorne Pioneer Museum , British Columbia , Canada. Lelaki tersebut memakai cermin mata dan t-shirt moden , yang menggambarkan cara pemakaian masa kini. Gambar ni mula diedarkan di internet February (2011) lepas dan segera mendapat perhatian orang ramai selepas itu.
Tapi ada jugak yang mempersoalkan gambar ni..jika cermin mata itu yang membuatkan lelaki itu moden , tapi itu masih boleh dipertikaikan..kerana cermin mata yang hampir sama pernah digunakan pada masa tu..tengaok gambar di bawah , seorang artis Barbara Stanwyck memakai cermin mata yang hampir sama dlm filem , "Double Indemnity" dlm tahun 1944..Selain tu , baju yang digunakan tu juga boleh dipertikaikan , kerana pada masa tu , baju pattern gitu dah wujud , cuma jarang dipakai..
Cerita ni bukanlah sesuatu yang baru , malah sebelum ni , seorang lelaki yang mengaku dari tahun 2256 muncul di Wall Street pada tahun di 2003..namun pekara itu pantas dinafikan oleh egelintir pihak di mana , berita tu adalah hiburan semata mata...lihat gambar di bawah...
Satu lagi kejadian yang melibatkan misteri merentas masa ni adalah seorang lelaki yang berambut punk pada tahun 1905 di New York circa..pada tahun ni belum pun wujud trend punk ataupun mana2 lagu punk..gambar ada di bawah...
Di samping tu , satu lagi kejadian misteri berkait dengan merentas masa , bila seorang perempuan yang kelihatan memegang telefon bimbit dan sedang bercakap dgn seseorang terakam dlm cerita Cahrlie Chaplin pada tahun 1928...Namun seperti biasa , pekara ni dpt dinafikan , apabila ada yang mengatakan perempuan tersebut kebarangkalian memegang benda lain atau pun tidak memegang sesuatu langsung...satu lagi teori adalah , kemungkinan perempuan itu memegang "ear trompet" iaitu satu alat yg digunakan lama dulu..Tapi kalau perempuan tu memegang "ear trompet" kenapa pulak dia memakainya sambil berjalan???lihat gmbr di bwh...
Ear Trompet yang mungkin digunakan perempuan tersebut
Apa pun , semuanya masih menjadi tanda tanya dan masih tinggal persoalan...harap2 suatu hari nanti persoalan ni akn ada jawapan nya...tak mustahil juga jawapan sudah ada,dan dirahsiakan dari orang ramai..tak mustahil juga mesi merentas masa wujud tapi dirahsiakan oleh sesebuah negara???anda tentukan sendiri...........sekian...
No comments:
Post a Comment