Monday, July 4, 2011

Pemain Malaysia yang bermain di Luar Negara (BOLA SEPAK)

Sebenarnya , ramai pemain kelahiran negara yang layak mewakili Malaysia  , tapi mungkin terlepas pandang ataupun ada masalah tertentu yang memungkinkan pemain ni tidak beraksi hingga sekarang.  Pemain yang dimaksudkan ni bukanlah bermain di Liga Malaysia , tapi bermain di luar negara , di mana liga luar negara ni terbukti lebih hebat saingan dari Liga - M.  antara pemain kelahiran Malaysia yang bermastautin di luar negara termasuklah:





TITUS JAMES PALLANI

Titus ni sebenarnya banyak kali dah dipanggil untuk mewakili Malaysia,tapi sampai skang ni pun masih belum tercapai hasrat untuk melihat kelibat pemain ni.Titus lahir pada 13.Ogos.1986.  Kelab terbaru Titus sekarang ialah CS Meaux yang dikatakan bermain di Liga bawahan di Perancis. 




NICHOLAS CHAN



Ramai yang menyangka Nicholas Chan ni mencuba nasib di Cardiff City sebab bapak dia , Dato Chan Tian Ghee merupakan pemilik kelab EPL ni..tapi kita tak bleh memandang rendah pemain ni , sebab Nicholas Chan ni pernah bermain di Piala Gothia di Sweden..dan Piala Gothia ni bukanlah rendah tahapnya sebab dalam rekod Piala Gothia , banyak pemain berbakat yang dilahirkan menerusi Piala Gothia,contohnya Xabi Alonso , Andrea Pirlo dan Adebayour.  Nicholas juga banyak mencuba nasib di kelab EPL , contohya bersama West Ham dan Stoke City.  Beliau pernah ditawarkan beraksi di Major League Soccer , tapi menolak kerana lebih berminat beraksi di Eropah. 





TADASHI TAKEDA




Tadashi Takeda ni mak dan bapak dia memang orang Jepun , tapi Takeda lahir di Pulau Pinang 27.July.1986 dan kalau mengikut peraturan Takeda layak mewakili Malaysia kerana lahir di Malaysia dan juga layak mwakili Jepun kerana mak dan bapak orang Jepun..Tapi kalau FAM nak ambik Takeda , kenala ambik awal , sebab kalau Jepun dah kebas merampau la nanti..hehe..kita taknak nanti macam kes Shaun Maloney tu...





TAM SHEANG TSUNG




Tam Sheang Tsung ni sekarang ni mewakili FC Yokohama bawah 15 tahun di Liga-J.  Dia pemain Malaysia pertama yang bermain di Liga -J.  Tam merupakan pemain yang sangat berbakat dan pernah dihantar berlatih di kelab Brazil..rugilah kalau Malaysia kehilangan pemain ni..kalau Malaysia tak bertindak awal , confirm nanti Jepun ambik pemain ni , sebab Tam dah lama duduk kat Jepun.




SHAUN MALONEY



Dan ni merupakan kerugian besar Malaysia lambat bertindak kerana Shaun Maloney adalah kelahiran Malaysia , iaitu lahir di Miri ,Sarawak , 24.Januari.1983.  Keluarga Maloney telah berpindah ke Scotland semasa dia berumur 5 tahun lagi , dan sekarang mewakili kelab Celtic..kalau la Malaysia cepat bertindak , ambik pemain ni , mungkin Harimau Malaya mampu pergi jauh.  tapi Maloney dah tak bleh nak wakil Malaysia , sebab Scotland dah ambik..





Tapi jauh di lubuk hati MD yang semua pemain yang layak mewakili Malaysia ni akan bermain untuk negara suatu hari nanti..kalau Piala Dunia 2014 ni mungkin tak sempat..tapi FAM dan yang sewaktu denganya perlu bertindak agreasif untuk mendapatkan pemain kelahiran Malaysia ni , sekurang kurangya pemain ni mampu untuk memberi impak dan berkongsi pengalaman bermain di luar negara..dan kita sama berdoa agar semua pemain berbakat kelahiran Malaysia akan mengharumkan nama Malaysia suatu hari nanti....

9 comments:

  1. Tam Sheang Tsung nih sekarang closely monitored by JFA sebab dorang dh hntar dia ke Sao Paolo siap orang brazil dubbed him as newly CR7.

    Brendan Gan,kenal?skang bermain with Sydney united(kalau x silap) yang dulu pernah masuk Astro Awani pasal possibility dia nak main Malaysia.Coach Dato Rajagobal nak bagi chance dia main with Olympic skuad first tapi hampa,xdengar apa2 cerita lepas tuh...

    lagi satu yang ko x included,Wan Kuzain....12 yrs old prodigy yang skang bermain di US.x mustahil one day mamat nih main with US.

    X nampak langsung usaha FAM nak tarik dorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tam Sheang Tsung last2 tak jadi apa. Jepun tak amek, Malaysia x amek. Skrg main kat luar dah. Semoga dia berjaya

      Delete
  2. brendan gan masuk sabah la , season depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep,skang kita boleh tgk aksi Brendan Gan dengan lebih dekat lagi

      Delete
  3. FAM just target AFF Suzuki Cup dan Suka SEA je. tua yg buat tak kisah sgt

    ReplyDelete
  4. Malaysia go go go!!! pergi WORLD CUP harimau malaya!!!

    ReplyDelete
  5. MEREKA BUKAN ORANG MELAYU/MALAYSIA ,TAPI LUAR YANG TINGAL DI MALAYSIA

    ReplyDelete
  6. Rugi..memang rugilah sebab FAM terlepas peluang macam ini..tapi hope FAM ambik kisah hal cam ni sebab banyak lagi pemain luar yang lahir di malaysia.

    ReplyDelete
  7. Aku yg dari masa depan cuma nk cakap takda satu pun player kat atas main untuk malaysia, sekian.....

    ReplyDelete