Friday, July 27, 2012

Misteri Kehilangan Perdana Menteri Australia




Pada tahun 1967 Perdana Menteri Australia , Harold Holt telah hilang ketika dia sedang menyelam dalam laut.  Sejak kejadian itu usaha untuk mencari Harold gagal.  Sehingga sekarang , Harold masih belum ditemui , manakala banyak khabar angin dikaitkan dengan kehilangan perdana menteri ini.  Antara rumors yang dikaitkan dengan kehilangan Harold termasuklah dakwaan yang dia lari dengan perempuan simpanan , diculik oleh alien dan banyak lagi cerita lain.  Apa pun , tiada sebarang tanda tentang penemuan Harold Holt.

Thursday, July 26, 2012

Paling Ramai Atas Katil Pada Satu Masa

Senang jer kalau hendak mencipta rekod dan mencatatkan nama dalam Guiness Book Of Record. 50 model wanita dan seorang lelaki yang cukup bertuah telah mencatat rekod Paling Ramai Atas Katil Pada Satu Masa.  Pada awalnya , mereka cuba duduk atas katil tersebut tetapi hanya mampu memuatkan 27 orang.  Lepas tu mereka cuba cara lain , iaitu berdiri dan mereka berjaya.  51 orang atas katil pada satu masa.  Nak cuba pecah rekod ni tak?? Boleh , tapi carik la saiz orang yang kecil. heh 


Maskot Olimpik Pertama



Pada zaman sekarang maskot adalah sesuatu yang wajib untuk setiap sukan.  Malah banyak pasukan , tak kira pasukan bola sepak , hoki atau mana2 sukan juga sudah ada maskot masing masing.  Jadi sekarang ni md nak share pasal maskot , ye la kan sekerang ni kan demam Olimpik.  Ok , maskot Olimpik pertama wujud pada tahun 1972 , masa tu Olimpik di German.  Gambar di atas adalah maskot yang dimaksudkan , dimana warni warni pada maskot tersebut melambangkan kemeriahan Olimpik 1972 di German.  Maskot ini diberi nama Waldi.


Tuesday, July 24, 2012

Website Tertua Di Dunia


Dianggarkan lebih 2.1 billion website yang sebahagian besarnya dari Asia telah wujud di dunia ketika ini.  Tapi tahukah anda website yang pertama dan tertua di dunia? ok , ni nak bgtau korang.  Website tertua di dunia adalah Symbolics.com yang diwujudkan pada 15.March.1985.  Jika sekarang anda google pun , website ni masih lagi wujud.  Pada tahun 2009 XF.com telah membeli Symbolics.com.

Monday, July 23, 2012

Sarawak Pernah Menentang Gergasi Jepun



Kalau anda lahir pada tahun 80-an pasti anda ingat-ingat lupa yang Sarawak pernah menentang gergasi bola sepak Jepun , Kashima Antlers.  Perlawanan ini bukanlah perlawanan persahabatan tetapi , merupakan Asia Cup Winners Cup pada 1999 peringkat suku akhir.  Boleh tahan jugak kan , Sarawak sampai ke peringkat suku akhir.  Asia Cup Winners Cup kini dikenali sebagai Asia Champion League.

Manchester United Beli Moura





Moura , pemain berbakat dari Brazil , telah berjaya ditandatangani kontrak oleh Manchester United.  Moura melengkapkan perpindahan dari Soa Paulo dengan harga 26 million.  Selain Manchester United , pemain berusia 20 tahun itu juga turut dipancing Inter Milan dan Chelsea.  Moura dikatakan mempunyai skill tinggi seperti Neymar.

Rivaldo Umur 40 Tahun Masih Bermain





Pada umur 40 tahun , Rivaldo dari Brazil masih mampu bermain.  Tapi tak mustahil la kan , pasal ada yang lagi tua dari Rivaldo ni masih bermain di Liga Profesional.  Contohnya Aleksandar Duric dari Singapura.  Ok , sambung lagi pasal si Rivaldo ni , dia mula bermain di kelab Santa Cruz pada tahun 1991.  Rivaldo paling menyerlah ketika bermain di Barcelona dan telah menjaringkan 86 gol dari 157 penampilan.  Hebat kan. Kelab terkini Rivaldo adalah Kabuscorp di Liga Angola yang juga merupakan kelab ke-13 beliau.  Ada tak kelab Malaysia yang mampu beli Rivaldo??  Agaknya dah turun harga kot Rivaldo ni , pasal dah otai.