Tuesday, December 21, 2010

ASAL USUL SANTA CLAUS



SANTA CLAUS


Santa Claus, juga dikenali sebagai Saint NicholasBapa KrismasKris Kringle, atau Santa, ialah tokoh bersejarah, lagenda dan mitos  yang disifatkan sebagai pembawa hadiah pada Malam Krismas .  Gambaran moden Santa Claus sebagai lelaki tua  yang gemuk dan periang dan memakai serba merah bergelang dan berkolar putih,tali pinggang kulit dan but hitam, menjadi terkenal di Amerika Syarikat pada abad ke-19 kerana banyak dipengaruhi ahli karikaturdan kartunis politik.  Di United Kingdom dan Eropah, gambaran Santa selalunya seiras dengan Santa Amerika, tetapi di sana namanya ialah Father Christmas.  Satu legenda yang berkaitan dengan Santa menceritakan bahawa dia tinggal jauh di utara, di sebuah tempat yang dituruni salji sepanjang zaman. Ada juga yang mengatakan dia sudah berkahwin dan tinggal bersama Mrs. Claus.  Dinyatakan juga dia membuat satu senarai kanak-kanak seluruh dunia, membahagikan kanak-kanak itu mengikut perilaku mereka; dia menghantar hadiah semua kanak-kanak yang berkelakuan baik di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment