Thursday, June 9, 2011

Sejarah Titanic

Time tengah duty tengahari tadi md ada tengok t.v 1..rancangan pun menarik jugak sebab md ni suka benda benda sejarah ni..rancangan time tu tak pasti la sangat , tapi mengisahkan tragedi yang menimpa Kapal Titanic.  Tentu ramai yang dah tengok citer Titanic kan..alaa,citer romantik tu..dalam romantik citer tu,ada jugak kebenarannya.ok,nak citer sal kapal ni , Titanic  merupakan kapal wap penumpang terbesar di dunia pada masa pelancarannya. Semasa pelayaran pertama Titanic, ia berlanggar dengan aisberg pukul 11:40 PM pada pagi Ahad 4 April 1912, dan tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada jam 2:20 AM pagi Isnin.  Bencana tersebut mengakibatkan kematian lebih 1,500 orang, menjadikannya sebagai bencana laut terburuk  dalam sejarah sehingga kini. Titanic dilengkapi dengan teknologi paling maju pada masa itu dan orang awam percaya bahawa ia “tidak mungkin tenggelam”. Ia amat mengejutkan bagi orang ramai bahawa walaupun dengan teknologi moden dan anak kapal yang berpengalaman, Titanic masih tenggelam dengan jumlah kematian yang tinggi.


















No comments:

Post a Comment